Tuesday, March 29, 2011

Cayang dia..=)

em..seperti orang mengandung yang lain..mesti mcm2 nak tulis kat blog atau facebook mengenai pengalaman mengandung diorang..ada yang letak gambar scan..ada yang letak gambar beli barang2 baby..ada yang letak gambar ubat apa diorang makan..su ni??em..asyik2 hal keje..hal study kan?ookla..su nak tulis hal gedik2 sikit la..=)

em..isnin lepas..su g 2nd checkup..ish2..minggu depan dah 5 bulan...ni baru kali ke2..baby..bukan mummy mu ni tak kisah ye..sangat kisah..tp mcm2 sbb yg tak boleh sekerap orang lain..tp syukur..2nd checkup ni..normal..ok..sihat..degup jantung ok..urin ok..berat ok..cuma lebih 0.5kg..tu pun selepas kawin dan sehingga minggu ni..cuma naik 2kg je..=S so..kira okla kan..em..perkembangan perut ok..kiranya...semua ok la..syukur..baby kena independent juga ye..jangan nak ngada2..manja takpe..hehe..

Tuesday, March 22, 2011

Kesibukan

Em..kesibukan melanda su..sekarang ni su sibuk dengan marking paper exam student2 su..fuh!pening2..sakit ati pun ada..nampaknya..su mmg kena standby dengan kerenah ataupun complaint dari diorang..em..lantakla..su ni dah abis tips bagi..stil tak boleh jalan..ketara sangat yang mmg jawapan diorang tu jawapan orang tak study...ada tu..waktu exam..invigilator call su..student kata su bagi soalan salah?!!aduhai..punyala senang soalan tu..su kata..janagn layan..soalan orang tak study tu..=)

dan..su sangat2 terkejar2 utk menyiapkan proposal su tu..oh!hope dapatla siapkan..so pada ketika su menaip entry ni..su dah setelkan part exam..ada sikit2 je lagi rasanya su tak buat..so esok..su ada masa dan hope ada masa sepenuhnya utk su memikirkan perkara2 yang sesuai yang perlu dikaitkan utk penulisan proposal tu tu..em..

Friday, March 18, 2011

PHD?

em..baru2 ni su ada apply TPM UITM tu..seperti yg sedia maklum...hanya satu peringkat lagi yang su perlu lakukan utk mencapai tahap tertinggi dalam pembelajaraan...

su ni tak serik ke??yang follow..mesti tau betapa stressnya su buat research ni..terutama sepanjang 'penderitaan' su buat master..ni belum sampai setahun..su dah nak smbung belajar ke??

Tuesday, March 15, 2011

Habis dah semester..

fuh!separuh nafasku dah lega..hehe..sbb akhirnya abis jugakla semester ni..dan students dah start final exam semalam..ini bermakna su tak payah nak ngadap diorang lagi..oh!seperti yang diketahui..sem ni la sem yang paling menguji  kesabaran ku dengan kerenah student2 ni..jadi..berbeza dengan sem lepas2..su akan turun utk tgk cara diorang nak jawap exam..sem ni tak payah!lantak korang..tu la natijahnya menyebabkan hati cikgumu sakit..kecik ati betul tau..huhu

so..sekarang su sibuk utk preparation sem depan..bulan april ni start..su ingat nak siapkan semua soalan2 tutorial quiz bagai..supaya..su tak payah nak bawak balik umah keje2 ni semua..su ingin menikmati ketenangan dirumah..hehe..dulu masa wat master pun tak bahagia..so sementara tak sambung study ni..better ku menikmati saat2 manis bersama suami tersayang..cewah!hehe

em..tu jela nak ngomel pagi2 ni kot..ngantuk la plak..awal ku datang ofis arini..=p

Sunday, March 13, 2011

Sayang Kak Ekin..=)

wah..semakin cayang la caye kat kakak caye sorang ni..sanggup bersusah payah menyenaraikan segala keperluan yang su perlukan nanti..em..disebabkan time constraint..su mmg agak terhad utk cari info utk persediaan baby ni..sekarag ni pun su sibuk 'study' utk subjek sem depan..

so ni yang su copy paste dari blog kak ekin..thanks ye akak..muah!

Friday, March 4, 2011

Hilangkan diri..

arini su dah masuk ofis..semalam su mc..gara2 su ingin menenangkan fikiran..akibat ketegangan otak yg melanda..tension di ofis..emm..walaupun su kononya arini kembali di ofis..tapi su tak masuk pun ke bilik su tu..tak boleh..su sekarnag melepak di upm sambil menyiapkan tugasan2 yang patut su lakukan..banyak je gangguan di ofis tu nanti..

sekarang ni susah sikit nak epy2 or senyum2 masuk ofis..su mmg marah ngn students..ntahla..sem ni tak tau la diorang..lantak kroang la..dah tak kuasa nak bebaik2 dah..pijak balik kepala kita..nyakitkan ati je..T-T

em..arini ari jumaat kan..menandakan arini cikgu saya tu akn melangsungkan akad nikah sekejap lagi..em..akhirnya...ntahla..cam tak suka plak..selalu teringat kak marina..ntahla..semoga bahgia je yang su dapat katakan..

em..lamanya roda kehidupan su ni duduk kat bawah..

T-T 

Thursday, March 3, 2011

Sabar itu perlu setiap masa

sempena su yang setiap ari tension ni..su semakin berusaha untuk mencari motivasi dan kata2 semangat utk meneruskan kehidupan di tempat kerja ni...

su trtarik dengan artikel dari sini so hope dapat membantu su..

Tuesday, March 1, 2011

Saya benci!

saya benci bila students asyik jumpa saya bertanyakan hubungan saya dengan suami saya...bukan sahaja mengenai kesihatan..tapi kemesraan 'hubungan' saya!!saya benci ok!!bukan sahaja di hadapan saya..malah di facebook!saya benci!saya ni ada ke upload gambar saya kat atas katil bermesra2 macam gambar orang lain??!!saya ni ada ke asyik nak cerita hubungan saya dengan suami saya??!!!saya tak suka faham tak!!!!

student tu!jangan sampai muka awak saya sepak!saya bnci soalan mcmtu!saya benci faham tak!jangan nak menyebok dan sibuk kan dengan hal study awak yang tak bagus tu!karang mak awak datang lagi..dan cakap..'kita kena tolong orang melayu'.plz ok!awak tu yang tak pernah serius belajar!!!

huh!saya benci!

Tidak bahagia...

ya...su tak bahagia..mmg tak bahagia..em..tak tau la..susah nak dipendam..

apa yang su tak bahagia??

su tak bahagia keje kat sini..oh..setiap ari su akan tension..serius..setiap ari..su sakit ati dengan kerenah students..menyakitkan ati..kenapa ye??puas su cuba ikhlas kan ati..tenangkan fikiran..pk perkara2 positif yang boleh su lupakan sahaja...

pengalaman su dalam bidang pendidikan ni sudah makan tahun..tapi di sini lah tempat yg paling menduga kesabaran su..menduga keseluruhannya..kemarahan dan demotivated su makin meletus bila pihak pengurusan tidak menghargai..!ah!malas nak diungkit2 lagi..menyakitkan ati..


Thursday, February 17, 2011

Mandi Wiladah dan Mandi Nifas

ni adalah sebagai nota su..di copy paste dari sini

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

 
::Full Designed by ✿ Suhaida Rizal ヅ ™::