Thursday, February 17, 2011

Mandi Wiladah dan Mandi Nifas

ni adalah sebagai nota su..di copy paste dari sini

MANDI KERANA WILADAH DAN NIFAS

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.
Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).
Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.
Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.
Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.
Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Ada je benda..

buat su sakit ati lately...wargh!!tak suka!tak suka!saya nak eppy2..saya nak anak saya suka senyum dan comel cam anak kak ekin...!hehe

=p

adoi..su sakit ati ngn kad kahwinku.com tu..nyakitkan ati sungguh...isunya bermula apabila orang yang nak kahwin terpaksa menangguhkan perkahwinannya di atas alasan2 yang malas nak cerita..=p masalah semakin timbul apabila hampir seminggu perubahan tarikh tu disebabkan pihak kedai tu tak RETI BACA EMAIL su kot..punya la sakit ati..aritu beriya2 call suruh confirmkan cepat..yang su ni..tiap2 ari anta email yang sama besrta dengan perubahan yang sepatutnya..dahla anta amendment tu tgh2 malam..agak2la..napelah lem**p sungguh mereka ini..

Monday, February 14, 2011

Tak sihat..

ari ni ari isnin..sangat tak larat..dah beberapa ari su asyik muntah2 je..apa makan..semua keluar balik..kenapa ye??awal2 aritu tak la pulak camni..huhu

su tak tau yang mana satu ubat yang su tak tahan..sebelum ni makan habatussauda..dah behenti..pastu...su makan ubat apa nama ntah..lupa..tapi fungsi tambah darah..ubat tu su dapat masa buat appoitmnent checkup aritu..su rasa..sbb ubat tu kot..sebab semalam sedara dan mak su cakap ubat tu sape tak tahn akan jadi muntah2..

oh..terasa deritanya..ingt nak mc je..tp arini ada student presentation..letih..em..lagi satu..su tak tau su patut makan apa..su tak de selera la..=(

Friday, February 11, 2011

Eh 4 tahun!!!!!!!!!!

hari ni su ngn abg mintak cuti..kononnya nk buat buku nak checkup peyut caye..rupanya2..kn buat appoitment la..mm..manala su tau..first tau..tnya kawan2..tak la pulak diberitahu kn buat appoitment even first time..em..terpaksa la pegi ari lain...su ni pun..dah 3 bulan dah..risau la pulak lambat2..em..baby2..jangan meragam ye..mummy mu ini kebzian..huhu

pastu..g la pulak jabatan agama kl..ingat nak buat kad nikah..sekali lagi hampa..diorang kata dibehentikan buat sementara waktu..1st april nnti baru boleh buat..em..aduhai..

maka..duduklah di rumah..kena kemas umah yang mcm tongkang pecah ni...malam karang ada orang nak datang..tapi saya masih malas..badan macam letih la pulak..lemah je..sikit lagi la buat...

sedang melihat blog sendiri..baru perasan!!!!!!!!!!!!arini ulangtahun yang ke 4 hubungan caye ngn abg...maka nampaknya kami 'mengiktiraf' cuti kami sebagai cuti anniversary..hehehe..apapun..

CAYANG ABANG!=)

Thursday, February 10, 2011

Searching..

em..arini tak de mood sangat..jadi su search la kat google nama su..then..ada benda menarik yg su nak tampal kat sini..

dari University Waikato...link kat sini ..

Menguji Kesabaran

serius...semester ni mmg menguji kesabaran su..sangat2..geram rsanya dengan sikap sorang2..mmg sakit ati dan menyakitkan ati..mahu saje su mengamuk sepenuh ati sebagai tanda betapa bengangnya diri su...mahu saje diluahkan ke facebook seperti orang lain selalu buat...

tapi su pk..su tak nak nampak meroyan walaupun hakikatnya dah meroyan abis dah su sekarang ni..oh..geramnya..mahu saja ku behenti keje dari mengajar mereka ini..

oh Ya Allah..aku memohon kepada-Mu..tingkatkanlah kesabaran hamba-Mu ini..amin..

Wednesday, February 9, 2011

Serabut..


banyak keje!!!!!

Akhirnya..

akhirnya su dah anta thesis ni..fuh..pedih derita la wat master research ni..apapun..sebenarnya banyak benda yang su belajar utk lebih 2 tahun ni..takpela..pengalaman..banyak mengajar su tentang kehidupan..apapun..semoga su mempunyai kekuatan utk teruskan pengajian ke peringkat seterusnya satu hari nanti..=)

Saya suka kek!

 su suka kek..hehe..manala tak gemuk kan..masa check2 kamera..tgk ada gambar kek ni..=) su beli kek ni masa balik johor aritu..suka..sedap..murah je..kat kl tak dapat harga camni..hehe

ibu abg tanya nape beli kek??abg kata..su yang nak..layankan je..hehe...ala..ok apa..karang ngidam nak makan kepala keretapi karang camne??!!hehe

Tuesday, February 8, 2011

Balik kampung..abg jatuh bumbung!

cuti raya cina tahun ni mmg agak tragis! mana taknya abg caye jatuh bumbung!huhu...bergenang air mata..T-T

gambar kat atas ni diambil ketika su sibuk kat meja..study nak ngajar nanti..adoi..cuti2 pun kena kejer..dah la time tu..mak mentua dan adik ipar su sibuk kat dapur..su sibuk kat meja..time ni pun letih je su..hehe...tak de mood sangat la katakan..so su sibuk2 nak study tu...abg ttba sibuk nak amik gmbar..em..layankan je..hehe

Kad kahwin..

 em..dah lama nak tulis entry ni..tapi tak berkesempatan..so sementara nak tunggu waktu nak balik ni..(hehe..nak balik awal..kepenatan kelas 6 jam arini..huhu) so..curi2 la masa menaip ni kejap..=)

kad kahwin??em..minggu lepas su sibuk menempah kad kahwin..dah macam su nak kawin plak..agak terasa malas..maklumla..su rasa cam baru je majlis su abis..penat kan nak urus hal2 kahwin ni..dan su sekali lagi dipertanggungjawapkan menempah kad kahwin..

Wednesday, February 2, 2011

Kronologi...

hai..kembali..sungguh letih arini..alah..su ni tiap2 ari letih je..dari single sampai la dah kawin sampai la pregnant..tu je la ayat yg selalu kluar..hehe

so..di sebabkan kronologi ni la yang membuatkan tercetusnya idea entry kali ni...

ttba terkenang..bermula dari di UUM la..karang dari kecik panjang lebar plak karangan ni su nanti..letih naik menaip..(letih lagi..hehehe)

 
::Full Designed by ✿ Suhaida Rizal ヅ ™::