Canggih betul sekarang..sape2 yg ada iphone atau ipad blh download application ni..kt dpt tau perkembangan ank kita;)
Saturday, December 31, 2011
Diary Haykal
Canggih betul sekarang..sape2 yg ada iphone atau ipad blh download application ni..kt dpt tau perkembangan ank kita;)
Labels:
Rizqi Haykal
Friday, December 30, 2011
Impak Tentang Dhia
fuh..nak jugak su tulih entry Tentang Dhia ni..mmg cerita yang penuh dengan emosi la su bila tengok..em..rasanya cerita ni la paling beremosi dalam banyak2 drama yang su tengok..yela..bila dhia eppy..su eppy..bila dhia nangis su nangis..fuh!
ending semalam pun..sebelum start su dah cakap..biarla dhia mati..su rasa mcm su plak yang makan ati dengan sikap zikir tu..su rasa cam zikir dah 'tak kenal' dhia..kesian dhia...su terasa..mcm su ada kanser tapi tak diendahkan oleh zikir yang duk dikaburi dengan hasutan mak dia yang jahat sangat tu!
Labels:
Cerita Cinta Kami
,
Drama
NAFKAH ISTERI VS IBU-BAPA
Soalan;
1. Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? - Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
2. Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? - Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.
Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.
Labels:
Agama
Wednesday, December 28, 2011
Hilang
oh...su hilang segala kesungguhan..su semakin malas..semakin malas dengan segala2nya..su dah hilang passion dalam apa yng su buat...sungguh..rasa bosan...
Labels:
Bad Mood
,
Cerita Perjalanan Kehidupan
Pengurusan EBM
Soalan :
Boleh tak share macamne nak hantar stok susu ibu (ebm) ke rumah pengasuh? Perlu hantar semua yg beku or campur2 dgn yg fresh dan chilled.
Lagi satu macamna aturannya : nak bg fresh dulu ke or yg dah dibekukan dulu?
Jawapan :
Ok, kat sini kita letakkan susu ibu pada 3 kategori 1. frozen ebm 2. fresh ebm (yg belum dibekukan) 3. ebm cair (term baru utk ebm yg dah dicairkan).
Dear,
1. Pertama sekali, mesti bole agak2 berapa Oz susu yg anak kita perlukan dalam sehari. (untuk minggu2 yg pertama bole hantar semua fresh ebm – letak dlm 5 botol x 3oz setiap botol)
- kenapa buat mcmni?..supaya tak membazir, if anak tak minum yg lain bole dibekukan.
2. Lepas dah bole agak berapa bnyak ank minum so bole fresh ebm dan ebm cair….jgn sesekali hantar frozen ebm (kecuali if nak buat stok standby kat umh babysitter).
3. Berapa bmyak nak hantar?… hantar fresh lg bnyk dari ebm cair, but if anak tak sihat, hantar sume yg fresh shj.
4. Untuk tak membazir bg yg cair dulu baru yg fresh… tp if susu bnyk bg yg fresh dulu ye.
harap membantu.. hepi trying…
Tips paling penting cuba sebaik mungkin utk tidak susahkan bs. Cara terbaik berbincang, setiap babysitter ada pendapat n cara yg berbeza. Try utk miss n match..as long as cara bs tu tak salah ikutkan je…
sumber: kat sini
Labels:
EBM
Tuesday, December 27, 2011
Haykal dan Rabbit
semalam haykal g umah opah lagi..ala..mmg tiap2 ari g umah opah..=)
dan semalam jugak sepupu su @ kak ina datang umah jugak bawak rabbit!=)
Labels:
Rizqi Haykal
Monday, December 26, 2011
Rambut gugur
Su rasa..rata2..ibu2 akn mengalami masalah yg sama mcm su..rambut gugur..org tua kata kalau ank dh pandai menyembur..mmg makin gugur la rambut...huhu
Tapi sebenarnya masalah hormon orang kata..so masalah kguguran rambut su ni mmg teruk sangat rasanya..kat umah..merata2 rambut su gugur..yg paling rimas kat ats katil..fn melekat pada haykal..wargh!!stress!!
Labels:
Rambut
Thursday, December 22, 2011
SUSU
ADAKAH SUSU IBU BOLEH TERCEMAR ??
Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Ini kerana susu ibu adalah susu HIDUP, manakala susu formula adalah susu mati.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..
Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar..
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.
Payudara adalah steril
payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut
Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.
Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.
PETIKAN : WANITA HARI INI
Labels:
Breastfeed
,
EBM
Wednesday, December 21, 2011
Gusar
mood susah ati..gara2 ebm semalam su rasa tak sedap..mm..so kat bawah ni adalah conversation su ngn kawan su masa kat UUM dulu..mummy yang berjaya dalam penyusuan susu ibu ni...banyak knowledge suhaili ni ada..sbb g kelas semua kan..so..suhaili la sifu su..=)
sesapa ada knowledge nak share pun bagitau su ek..=)
Labels:
Breastfeed
,
EBM
Tuesday, December 20, 2011
Detik-detik 2011
harini dah 20 hb..beberapa hari lagi dah nak masuk tahun baru..2012 akan muncul..em...setiap hujung tahun..su akan berpikir2 apa yang berlaku sepanjang tahun..mmm...
su rasa kehidupan su sekarang ni mcm mendatar..mm..bukan su tak happy dengan kehadiran baby..adanya suami..tapi su lebih memikirkan keadaan kerjaya su yang tidak seperti yang diimpikan..
dulu....sejak kecik..lebih tepat masa sekolah2 la..kalau ditanya apa impian atau cita2 su..dengan bangga menjawab pensyarah!!cewah..bila orang suruh jadi cikgu..su kata tak nak..sebb nak ajar orang dewasa..atau kat universiti..subjek kat universiti kan lagi susah..=p
Labels:
Cerita Perjalanan Kehidupan
Sedap
sebelum g keje...kita minum dulu!!!!!!!!!!dengan doa dapat membantu memperbanyakkan susu dan kesihatan yang hebat~!
Labels:
Breastfeed
Monday, December 19, 2011
Friday, December 16, 2011
Haykal g ofis mummy!!
Hari ni haykal g ofis mummy..sbb pengasuh haykal pegi bercuti..smpi hari isnin mggu dpn..
Haykal menjadi perhatian di ofis arini..kebetulan ada jamuan mkn arini..
Labels:
Rizqi Haykal
Thursday, December 15, 2011
Checkup 4 bulan
Haykal hari ni checkup 4 bulan..xcucuk pn..sekarang berat haykal dah 7.35kg..tak naik banyak..dh agak dah..mmg haykal dh susut..since demam aritu..mm..xpelah..graph perkbangan haykal mmg ok..syukur..
Harini haykal sedondon ngn mummy..;)
Harini haykal sedondon ngn mummy..;)
Labels:
Rizqi Haykal
Wednesday, December 14, 2011
Out of mood
hari ni hari rabu..hari ni jugakla adalah hari first day su masuk keje..sungguh tak de mood...tak de mood utk segala2nya..tak de mood utk tengok assignment student..tak de mood nak melayan kerenah student..pendek kata takde mood utk bekerja!!
em..sptnya semalam su dah bekerja..namun..memandangkan haykal masih demam..su mc je semalam..su dapat sbb Dr bagi mc jaga haykal..=p
nape haykal demam ek??ikutkan dia mmg dapat sepenuhnya susu su..cewah..em..yela..walaupun haykal fully breastfeed baby..tak semestinya dia mmg tak kan demam..tapi..su rasa haykal demam sbb perubahan umur..ni teori su la..haykal sekarang mmg dah pandai guling..guling..guling dan guling..sampai su kena bentangkan TOTO utk dia guling2..walau demam..tetap guling2..=p
em..su rasa haykal dah susut badan dia.dan mcm dah ringan..ke su yg dah kebal nak angkat haykal??ntahla..esok su cuti..nak timbang berat haykal berapa..see..esok su cuti..semakin malas la su ni..huhu..mcm nak EL je ari jumaat ni..=)
Labels:
anak sulung
,
Rizqi Haykal
Sunday, December 11, 2011
Sama2 gembira!!
Adik su selalu kata..kakak ni tak abis2 pasl susu..susu..susu..
Hehe..ntahla..tu adalah feveret su sekarang..mmg kat fb mahupun blog..entry su banyak berkisar mgenai susu..sejujurnya..su sudah obses dengan susu badan ni..sangat giler bercerita mengenainya..
Niat su bukan nak menunjuk atau apa lagi berlagak..tapi sebagai nota utk su dan kawan2 atau ibu2 sama2 mengejarkan semangat utk breastfeed ni..bkn mudah dan bukan senang..tp sama2 membantu bg meneruskn pejuangan..
Alhamdulillah..su dapat membantu serba sedikit..;) dan ada beberapa orang lagi..=)
Labels:
Breastfeed
Senduk2 Suhaida!
hai..ish2..susah betul su nak update entry ni..pelbagai dugaan..=p
em..selalu asyik cerita pasal susu je..su nak cerita pasal masak la pulak..=p
emm..su tak la pandai masak..tapi ni su nak share resepi ayam berempah yang sangatla mudah dibuat..yela..orang cam su kan kena cepat2 semuanya..kalau sesapa ada resepi yg ringkas2 nak share dengan su..bagi la kat su k..=)
Labels:
Resepi
Saturday, December 10, 2011
Thursday, December 8, 2011
Rekod terbaik!!!!!!!
alhamdulillah...ini hasil terbanyak yang su dapat pagi ni..hasil sekali pam..syukur sangat2 Ya Allah..syukur diberi rezeki untuk anakku tercinta..
muka haykal pagi tadi masa nak anta umah pengasuh..rindunya..=)
Labels:
anak sulung
,
Breastfeed
,
Rizqi Haykal
Wednesday, December 7, 2011
Sticker nyamuk
semalam tgk muka badan haykal kena gigit nyamuk lagi..wargh!!cian anak mummy...em..dah ada anak sorang kan..kalau boleh sekor nyamuk pun tak boleh gigit!mcmtula tanda sayangnya kat anak..
Labels:
anak sulung
,
Rizqi Haykal
Susu + Botol Susu
ni hasil pam yang petama kat ofis pagi ni..mm..awal pagi tadi kat umah just dapat 3oz je..ntahla..sedikit kurang..terkesan dari perasaan susah ati hari ni..ntahla..serabut je..tulis entry ni pun serabut je..dah la petang ni ada kelas lagi..dan mmg nampaknya langsung su tak dapat pam la..em..ditambah..su kena pk2 soalan assignment utk student lagi ni sekarang ni..tapi still sempat update blog plak kan??=p
Labels:
anak sulung
,
Breastfeed
,
Rizqi Haykal
Longan kering
orang kata longan kering jugak as a milk booster..tapi su rasa su macam tak 'lut' sangat ngn longan kering ni..tapi su suka..sedap..ala su ni..semua makanan sedap..asyik makan je kejenya..=S su suka makan camtu dari buat air banyak2..hehe..mcm snack je su buat..=p
Labels:
Breastfeed
Kenapa??
su terpikir2..kenapa haykal tak lena tido semalam..asyik terjaga dan menangis je..sebelum ni dia tak mcm tu pun..risaunya..hari ni su ada kelas pagi2..so terpksa hantar haykal kat umah pengasuh awal2..su tak suka kelas pagi dan kelas lewat petang sangat..menyebabkan su kena datang awal atau balik lewat..aish!tadi abg call su kata dengar haykal menangis2 sampai ke rumah..mmm..susah nyer ati..kenapa ye..semalam badan kaki tangan haykal merah2..mmg selalu kalau kat umah pengasuh je mmg akan merah la badan dia sbb gigit nyamuk..aish!runsing2..nampaknya su kena lari cari sticker yng tuk tampal kat baby jangan bangi kena nyamuk tu..tapi..arini su tak sempat nak keluar..ada kelas sampai ke petang..argh!!serabut!
**semalam balik umah terkejut!mangga pintu hilang..rumah kena pecah...tapi alhamdulillah pencuri tak dapat nak bukak pintu..mode: risau lagi..=S
Labels:
anak sulung
,
Rizqi Haykal
Tuesday, December 6, 2011
Anak mummy demam..T-T
huhu..ari ahad lepas haykal demam..cian anak mummy sorang ni..manja je dia berpelukan ngn mummy..su tak tau la nape dia demam..ttba je..mak su kata mungkin demam 'nak beralih bulan'??ntahla..arini haykal dah 4 bulan!!!
Labels:
anak sulung
,
Rizqi Haykal
Saturday, December 3, 2011
Botol oh botol
Haykal dah buat mummy susah ati..dia dh makin kurang minum susu..asyik d mainkn je puting botol susu dia..pengasuh haykal kata dia mmg dh krg minum..semalam dia minum 8oz je..aduhai haykal..nnti kurus la kamu..huhu..so tadi mummy dh beli botol baru..minum tau jangan tak minum...nnti mummy babab nnti..;p
Labels:
anak sulung
,
Breastfeed
,
Rizqi Haykal
Friday, December 2, 2011
Serabut!
tengok2 ni..messy!!!menci2..serabut su arini..pagi tadi.tgk umah bersepah..masuk kete pun sama..adoi..dah mcam anak sepuluh!ni masuk ofis tgk meja pun bersepah!
Labels:
macam-macam
Booosterr lagi!
mm..jangan jemu ek baca entry su yang pasal susu ni lagi ek..anggap ini sebagai nota yang boleh diguna pakai utk su dan ibu2 di luar sana..=)
su ada godek2 fb kim..pastu..ada sorang mummy ni dapat hasil pam yg banyak..jeles caye..dia tulis dia minum nesvita..so su kelmarin kebetulan beli barang dapur..beli la sekali nesvita tu..su ni..tak abis yang ini..beli yang itu..em..tamak sungguh!demi memastikan sentiasa ada susu..=) so..su pun just beli yang pack kecik je..
Labels:
Breastfeed
,
EBM
Thursday, December 1, 2011
Tak sangka
tak sangka..dulu sepanjang pantang..su tengok post orang je..jeles dengan orang lain..sedih dengan diri sendiri..tapi su tak sangka..kali ni ada orang tulis entry pasal su plak..=)
alhamdulillah..syukur sangat..berkat usaha su agak berpuas ati dengan hasil production susu su..walau tak la sampai beli deep freezer..(tapi mmg dah tak muat sangat dah peti ais ku)..ada lagi rezeki utk haykal..syukur sangat..
seperti yang su tulis sebelum ni..salah satu usaha su ialah su amalkan produk shaklee tula..sebelum ni kak ekin yang guna..pastu su pulak cuba..alhamdulillah memang sangat membantu..su beli thru online dr kak hasmah...kak hasmah ada bagi su info2 mcmana nak tambahkan susu..alhamdulillah..berkesan utk su...
jadi kepada ibu2 jangan susah ati ye...teruskan berusaha demi anak tercinta,...=)
Labels:
Breastfeed
,
Rizqi Haykal
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)













